Saturday, January 15, 2011

antara lebih dan kurangnya ANAK BONGSU



Untuk para anak bongsu di luar sana , jangan rasa down sangat. Meh sini aku share something yang buatkan korang berasa betapa bahagianya hidup sebagai orang yang paling muda dalam keluarga!

Baju Senantiasa BARU
Bukan takat  baju je, beg, kasut, songkok, sumer barulah senang citer. Kalau adik beradik sumer laki, dari yang sulong, ke no. 2,  dari no.2 turun ke no.3 , biasanya akan pakai barang yang sama dan serupa sepanjang zaman. Tapi bila sampai yang bongsu je , tiba-tiba bertukar menjadi baru , eh? magic betul! tgk keadaan jugak ,kalau aku ,baju dari abang yang sulong tu waris ke aku . . huh . .


                                            Sentiasa Menang Dalam Pergelutan
Sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula adik-beradik.Dari berebut nak tengok citer kat tv sampai ke meja makan, rebut ayam bahagian drumstick,  PASTI, dan sepasti-pastinya yang bongsu tu akan menang.Entahla.. aku pun tak sure pasal apa,agaknya memang bongsu ni dilahirkan untuk menjadi juara kot.


                                                             Sampai Paling Awal
Masa zaman kereta saga/wira dahulu kala, posisi antara dua seat depan memang menjadi idaman adik-beradik. Yang tengah tu, kat belakang hand-break ngan gear tangan . Bergaduh-gaduh la sepanjang jalan . Masuk keter abang biasanya dah mengepak kat tengah-tengah tu, macam burung rajawali. Haram tul, buleh-buleh tanak beralah. Last-last Bonda pun cakap kat bongsu ni;
"Dek , meh sini duk atas riba Bonda meh, duduk depan laagi cepat sampai..".
Sambil buat muka kerek kat kakak2 dan abang2, si Adek pun pantas ke riba.Tak dapat duk tengah pun takpe, janji sampai dulu. .huh. .


                                              Kenduri Kahwin Paling Grand
 Ngeh ngeh ngeh ,kena plak korang anak bongsu yang jauuuuuuh  nun, memang lucky. Masa tu ekonomi keluarga dah lebih dari stabil. Parents dah tentunya merasakan kenduri anak last derang patut yang paling bermakna, sebelum.... sebelum... sebelum apa-apa yang patutla.Meraka akan berhabisan tanpa rasa berkira .

 Walaupun ramai orang yang nak jadi anak bongsu , bukan semua yang berkaitan bongsu itu indah belaka.Korang takkan tau betapa bahagianya bila ada orang panggil abang .Ha ah korang takkan rasa sebab korang bukan anak bongsu. Pengalaman aku menjadi anak bongsu selama 19 taon, rupanya banyak benda yang tak best tentang anak last nih..Bawah ni aku pointkan 4 (je) ,benda yang tak best tentang anak bongsu ni .


Bukan Idola
Berapa ramai kat sini yang menjadikan abang dia sebagai idola hidup? Yang jadikan kakak dia yang study kat Mesir ( asal Mesir ? ) tu sebagai role-model untuk berjaya?. Cabut bulu kening kalau cakap takde.
Tapi pernah  dengar tak abang jadikan adik bongsu sebagai idola? takde kan. At least bukan adik bongsu, sebab . .bongsu kot, berhingus lagi.Nak sembang lebat pun tak tau kat sape.

Wajib Kene Bebel
Cubalah try cakap," saya ingat saya nak pindah US la."
Takyah mintak, adela yang kasi pendapat tu kang, Yang mengkondem boleh tahan ramai. Yang paling banyak membebel , itu ha ,yang sulung tu. Macam-macam dia bantai , degil la, suka wat hal sendiri la, tak pentingkan keluarga la, buang mak la, anak derhaka la.Siap sedia la ,sampai 7  keturunan  kene curse ngan family.Then, bila cakap balik; " Teras Jernang je lah . .kihkihkih"
 
Tu pun still kene bebel lagi," , tu laa dulu tanak belajar pandai-pandai,orang suruh pergi sekolah ko pergi rembat rambutan jiran sebelah , blablabla &*(&)(   !



Mudah Hanyut Ke Lembah Kebinasaan
Walaupun selalu kena bebel, bongsu selalunya orang paling kurang terkesan dengan bebanan yang keluarga tanggung . .Lagi-lagi bila masing-masing sudah ada haluan sendiri,  so, dia bebas nak buat apa sebab tak payah risau ,takde adik yang nak ikut jejak dia. Bila komitmen dah takde ni la, hidup dah umpama layang-layang terputus tali . .


Lonely
Sindrom biasa yang dihadapi oleh anak-anak bongsu sedunia, ialah Over-speed Pre-Mature , ataupun tempoh pra-matang yang pantas. Rata-rata bongsu lagi cepat matang kerana dapat observe sendiri  pengalaman abang-abang ngan kakak-kakak dia ketika membesar. Disebabkan cepat matang inilah , menjadikan dia seorang yang berdikari, dan mahu bebas dari keluarga seawal yang mungkin.Tak pasti kenapa dia suka buat hal sorang-sorang,Nak buktikan kat semuorang yang dia pun dapat ape yang lain dapat dengan tanpa bantuan, maybe?
Mula-mula bongsu akan ditinggalkan kat rumah ,  bila semua orang gi skolah situ sini, termasuk yang masuk asrama, maka dia mudah terasa lonely
    .Kemudian, bila dah besar skit, dia tak mahu dilabelkan sebagai anak manja ke, anak kesayangan papa ke.maka semua keputusan dia akan wat sendiri Memandangkan tanggungjawab kat keluarga pun dah kurang, , lantas menjadikan dia seorang yang paling independent dalam keluarga.
  Then, bila semuorang dah kahwin, maka hubungan dah makin jauh dengan abang-abang ngan kakak-kakak yang lain.Tatkala masing-masing riuh satu keter pulang beraya, dia drive sorang-sorang tengah malam, sayu.
Akibatnya, dia menjadi seorang yang sangat  sinonim dengan lonely.Jadi jangan hairan kenapa anak bongsu belum berpunya sampai berjanggut, barangkali, dia mahu yang setaraf atau mungkin lebih dari apa yang abang-abang dan kakak -kakak dia ada sekarang.


..............................


Okeh.,. Kot ada sape-sape nak tambah, sile-sile kanlah kat bawah ni. Nak membebel ke hape ke, boleh-boleh, dah lali dah dengar orang membebel,hah . .
 

0 luahan hati: