Wednesday, January 5, 2011

realiti dunia



Kadang aku bermonolog, iman itu apa sebenarnya?
 
Kalau ikut pada skema jawapan, itu aku tahu.

Tapi suatu hari aku turun dari bas di sebuah perhentian untuk solat. Maka aku pun solat. Usai ku kerjakan solatku itu, aku berjalan menuju bas yang ku naiki. Tapi, aku terperanjat kerana tiba tiba bas itu bergerak. Mahu meninggalkan perhentian rehat. Apa lagi, dalam otakku cuma satu iaitu kejar. Alhamdulillah, bas itu berjaya aku kejar.

Sebenarnya, pemandu itu nampak aku berlari dengan kencang.
Kemudian aku berfikir, kalau aku orang yang tiada iman, sudah tentu ku salahkan solat kerana membuatkan aku hampir ditinggalkan bas. Namun, aku bersyukur kerana iman itu ada dalam diriku. Kerana aku beriman pada Allah Maha Pengatur, yang mengatur dengan cantik perjalanan hidupku.


Biar aku ditinggal bas, jangan aku menginggalkan solat. Benar bukan?

p/s: haih, macam aku seorang je yang turun solat . . .

1 luahan hati:

MR.EMI said...

da pandai bersastera ko skrg nie...
terkejot ko tgk aku on9...