Sunday, September 4, 2011

MHC Konvoi Raya 2011



Salam lebaran & salam satu Malaysia .Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi pada tahun ini sekali lagi kami diberi ruang dan kesempatan untuk menganjurkan MHC Konvoi Raya untuk kali ke 4 berturut turut sejak dari tahun 2008 iaitu ketika ahli MHC di Tingkatan 4.

Seramai 27 ahli MHC menjayakan event kali ini dan sebanyak 17 biji motor serta 5 buah kereta turut sama memeriahkan lagi suasana kali ini dimana edisi konvoi raya kali ini mencatatkan jumlah penyertaan paling ramai di antara semua edisi konvoi raya sebelum ini .

Destinasi jajahan konvoi raya kami pada tahun ini merangkumi Bangi , Kajang , Semenyih , Hulu Langat & Beranang . Sebanyak 9 buah rumah yang ' bertuah ' telah dijajah oleh ahli MHC & sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Luqman Hakim , Ainul Huda , Akmal Sharin , Suraya Hani , Akmal Amri , Maslina , Fatihah , Zahid Zaini & Akmal Hajam kerana sudi membuka pintu rumah anda :)

Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam :)


 Di rumah tomei .


 Di surau taman Maslina .


 Di rumah Fatihah .

Di Beranang .


Akhir kata , semoga setiap seorang daripada kita berjaya di dalam bidang yang diceburi dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat .

Sekian .